KENANGAN DI PLKN SAAT SUKA DAN DUKA

Saturday, December 10, 2011

Siapa sangka latihan selama 3 bulan dah habis...sekarang aku menjalani hidup aku seperti biasa
jika semasa di dalam kem aku inginkan kehidupan ku diluar ni , tapi sekarang aku amat merindui kehidupan ku
semasa di dalam kem PLKN .

  Aku rindukan bangun awal pagi dengan dikejut oleh jurulatih , walaupun kadang-kadang menyakitkan hati seba b aku selalu kena siram sebab liat sangat nak bangun pagi. Aku rindukan kawan-kawan aku yang selalu menyakat aku , walaupun pada awalnya aku meluat dengan diorang tapi lama kelamaan aku dah lali dengan 
perangai diorang.

  Aku rindukan jugak bila aku sorok-sorok keropok pastu kantoi kita orangpun makan la sama-sama hahaha,
aku rindu nak buat PT pagi walaupon memenatkan tapi seronok , dan yang paling aku rindukan ialah waktu petang aku dengan "geng" aku ni akan lepak sama-sama sebab kita orang malas nak main bola ialah kita orang ni dahla 'KAKI BANGKU' hahaha...

SEMUANYA TINGGAL MEMORI YANG TIDAK AKAN LUPUT DARI INGATAN 
KU.

'waktu suka mahupun duka kami harungi bersama' 



 'inilah muka-muka yang selalu berkepit bersama tak kira waktu makan , 
masa buat latihan,pergi surau , waktu riadah , dan boleh 
dikatakan setiap masa lah..heheh'




 'waktu PT pagi walaupun memang memenatkan kami terus buat kerana 
ianya menyeronokkan'


'yang penting bila datang dekat PLKN ni kita datang dengan 
tangan kosong tapi bila kita balik kita dapat kawan baru'

TERIMA KASIH

  

0 comments:

Post a Comment