Bagi aku dia seorang yang unik, walaupun masa tu adalah merupakan kali pertama aku melihat dia , dan begitu juga dia yang kali pertama melihat ku , kami begitu mesra kita orang berborak walaupun cuaca masa tu panas terik aku tak merasa pun bahang matahari tu sebab aku berborak
Macam-macam yang kami borakkan , memandangkan kami berdua memakai cermin mata .so... kami berborak mengenai cermin mata kami wei power ko berapa aku 400 dia tanya padaku. Aku tanya pada dai power ko pulak power aku 1000 , wau!!!! aku terkesima aku pun terfikir kalau cermin mata dia patah mesti dia dalam kesusahan hehehe....
Borak ...borak...borak macam-macam isu yang kami berkongsi , dai bertanya padaku kenapa awak masuk lambat aku pun jawab la saya ni pelatih sukarela so..memang daftar lambat dan macam-macam lagi la , ramai rakan ku bertanya kawan dari kampung ker rapat semacam , aku terkesima !!! aku menjawab ehh bukan la baru kenal tadi.
15-20 minit sebelum kitaorang nak balik kem tu aku mencari dia disebabkan aku ingat nak mintak no telefon
dia memandangkan aku sendiri tak tahu nama dia ...ahhaha walaupun kami punyalah lama berborak tapi aku lupa nak nama dia ...ahhahaha tu yang membuatkan aku hairan dengan diri ku...
Semasa aku nak naik bas aku ternampak dia , dia naik bas kem PLKN pelangi hill resort rupanya dia sama
KEM dengan aku, so aku merasa lega kerana aku masih ada peluang untuk kenal dengan dia . kerana aku takut yang aku takkan jumpa dengan dia lagi.
Bila dekat kem aku apalagi mintak no telefon dia , kita orang mesej ,share macam berkawan sabtu dan ahad jer aku akan mesej , call dia...dan daripada hari tu kita orang bertambah rapat sampai hari ini walaupun dah tamat latihan kitaorang masih "contact" sampaikan kitaorang gelar persahabatan kitaorang ni bff dunia akhirat.
0 comments:
Post a Comment