Sejarah Berulang .

Saturday, January 24, 2015

Asalamualaikum , coretan kali ini sekadar luahan perasaan pengarang ianya sekadar apa yang terbuku didalam hati pengarang , maaf jika coretan ini memilukan hati pihak yang tertentu pengarang juga adalah manusia biasa tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak .
 
Kisah ini bermula dengan kebanggaan pihak tertentu ini dengan bangganya menunjukkan mesej dia dengan bekas kekasihnya itu , malah permainan yang begitu hebat pengarang pernah terima sepanjang digelar manusia ini adalah dia yang mulakan perbualan tersebut , WOW !!!! terperanjat hamba .
 
Apabila membaca perbualan tersebut pengarang menjadi terlalu panas yang cenderung kepada perkara lucah dan menjijikan . Ianya tidak berhenti disitu sahaja ia menjawab "saya hanya nak tengok respon awak jerr ". Pahitnya umpama menelan hempedu .
 
Pengarang tidak mahu mengungkit kisah silam yang telah berlalu yang sesungguhya kita sebagai manusia tidak mampu mengubah akan perkara yang terjadi , manusia dan silap umpama kuku dan kulit namun ia bergantung kepada setiap insan bagaimana ia mengambil ikhtibar akan sejarah lampau itu .
 

Imbas kembali

Ampang Jaya , 2014

Aku merupakan pelajar UNITEN berkerja secara sambilan di sebuah restoran di ibu kota, tatkala berkerja sebagai pembantu chef bukanlah sesuatu yang mudah tambahan aku tiada pengalaman didalam bidang memasak ini . 
 
Segala makian cacian dan kejian yang dilontarkan oleh Chef aku terima dengan hati yang penuh kesabaran, apalah sangat dengan makian yang dilontarkan jika ingin dibandingkan dengan ilmu yang dicurahkan oleh para chef dan perkerja senior disini .
 
Aku mendapat perkerjaan ini pun sudah dikira bersyukur bukan mudah untuk mendapat kerja terutama kerja sambilan untuk mengisi waktu cuti ku ini .
 
Hari ini aku berkerja sebelah petang jadi shift aku habis pukul 10 , walaupun seharian berkerja untuk mengisi poket aku pergi ke Ampang Jaya untuk menemui wanita yang ku anggap Ratu hati ku .
 
Bukan semua perkara berlaku seperti yang kita rancang , selepas pergi makan aku ingin balik kemudian wajahnya bertukar masam mencuka menunjukkan amarah pada ku , kemudian melontarkan beg duit-nya kearah wajah ku . Hati ku menjadi baran bagai seluruh darah didalam tubuh menjadi api yang membakar diri . 
 
Segala-galanya telah berubah hati ku tidak lagi seperti dulu , perbuatanya aku kira menderhaka  , terlalu murka hati ku hingga aku tidak sanggup memandang wajahnya buat sekian waktu . Tatkala itu aku tidak lagi mengenal apa itu cinta ? apa itu Kasih ? ada apa dengan sayang ? .